indahnya bahasa






Jom kenali bahasa kita


hadam dulu pantun Melayu lama ni...

tingkap papan kayu bersegi
sampan sarat ke Pulau Angsa
indah tampan kerana budi
elok bangsa kerana bahasa


maknanya tak ada guna la

kalau rupa paras cantik dan tampan
 kalau tiada budi bahasa kan...


hendak gugur gugurlah nangka 
jangan ditimpa si pohon pauh
hendak tidur-tidurlah mata
jangan diingat orang yang jauh


maknanya  kalau dah mengantuk tu...pandai-pandailah masuk tidur...

lupakan sekejap si buah hati...

kerana kesihatan pun nak kena jaga juga...

No comments:

Post a Comment